ANDAI SEPERTI BURUNG

ANDAI SEPERTI BURUNG


Abu Bakar as-Siddiq ra. pernah melewati seekor burung yang sedang hinggap di suatu pohon. Beliau lalu berkata:

طوبى لك يا طير، تطير فتقع على الشجر، ثم تأكل من الثمر، ثم تطير ليس عليك حساب ولا عذاب. يا ليتني كنت مثلك...

Maksudnya : “Berbahagialah engkau wahai burung. Engkau terbang, lalu hinggap di pohon, kemudian makan buahnya dan selanjutnya engkau terbang lagi; sementara engkau tidak akan dihisab dan diazab oleh Allah SWT. Duhai, andai sahaja aku seperti dirimu..."

(Al-Baihaqi, Syu'ab al-Iman, 2/228; Ibnu Abi Syaibah, Al-Mushannaf, 7/91)

Pengajaran : 
Abu Bakar as-Siddiq RA adalah salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga sebagaimana dikhabarkan oleh Rasulullah SAW. (HR Ahmad dan at-Tirmidzi).

Namun begitu, beliau memiliki rasa takut yang luar biasa terhadap azab Allah SWT sehingga berangan-angan menjadi seekor burung sahaja agar tidak ada peluang untuk dihisab dan diazab di akhirat. Lalu bagaimana dengan kita yang tidak dijamin masuk syurga?!

Komentar

Postingan Populer